10 Hotel Bajet Murah Ipoh

Home » 10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

 

Berikut adalah 10 senarai hotel bajet murah ipoh Perak yang kami di hotelmurah2u.com ingin kongsikan bersama anda maka seandainya anda ke Negeri Perak kami sarankan menginap disini.

Bandar Ipoh merupakan bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik.

Bandar ini mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Terdapat banyak tempat makan yang menarik, tempat berhibur, tempat bersejarah di seluruh bandar Ipoh.

Nak bercuti di sini pon senang dengan pelbagai pilihan penginapan yang menarik dan bersesuaian. Ini antara penginapan dengan bajet RM

 

Iconic Suites & Pods Hotel – 10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

Hotel Bajet Murah Ipoh

Iconic Suites & Pods Hotel, mempunyai hiasan dalaman yang betul-betul ikonik. Rekaan dalamannya sungguh menarik pandangan mata, seolah-olah diberikan perhatian yang terperinci pada setiap sudut.

Hotel ini menawarkan bilik dalam pelbagai tema, iaitu tema yang lebih eksklusif untuk penginap dewasa hinggalah kepada tema ceria seperti kartun Frozen untuk penginapan bersama keluarga.

Tema ini diketengahkan bukan hanya melalui wallpapernya tapi juga daripada pencahayaan yang digunakan. Saiz biliknya juga cukup luas.

Lokasinya cukup strategik, kerana terletak berdekaan dengan MAPS Ipoh, kawasan kedai makan, pasaraya Mydin dan banyak lagi.

Harga: Dari RM132+ Semalaman

Alamat: 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh

 

UrbanStay Ipoh – Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh Perak

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

Hotel Bajet Murah Ipoh

UrbanStay Ipoh menawarkan apartment  2 buah bilik dengan sentuhan dalaman berkonsep moden, cukup sesuai untuk yang berjiwa urban.

Setiap apartment yang ditawarkannya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah sendiri. Antara kemudahan yang disediakan di dalam apartment ini adalah dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak, bilik-bilik yang disejukkan dengan aircond dan lain-lain lagi.

Terdapat kemudahan lain yang disediakan seperti bilik sauna, gimnasium, taman permainan kanak-kanak, kolam renang infiniti, wading pool dan juga sky deck yang menyajikan pemandangan indah sekitar Ipoh.

Harga: Dari RM198+ Semalaman

Alamat: Jalan Dato Tahwil Azar Menara Majestic , Perak, 30300 Ipoh

 

1969 Business Suites – 10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh

Hotel Bajet Murah Ipoh

1969 Business Suites adalah sebuah penginapan bergaya eksklusif dalam harga bajet yang terletak di Bandar Cyber, Ipoh. Melihat daripada dekorasi dalamannya, tidak ubah seperti berada di dalam hotel 5 bintang.

Gabungan warna tema dan pencahayaannya dapat membuatkan sesiapa sahaja yang melangkah masuk seperti berada di dalam filem James Bond, memang stylish!

Hotel ini lengkap dengan restoran yang menghidangkan sajian enak. Terdapat juga gimnasium dan Wifi percuma.

Harga: Dari RM155+ Semalaman

Alamat: No.2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, 31350 Ipoh

 

Majestic Ipoh

10 Hotel Bajet Murah Ipoh Perak

10 Hotel Bajet Murah Ipoh Perak

10 Hotel Bajet Ipoh Perak

Hotel Bajet Murah Ipoh Perak

Majestic Ipoh menawarkan apartment sebuah bilik dan juga apartment dengan 2 buah bilik yang datang dalam beberapa tema berbeza.

Antaranya adalah seperti tema yang biasa kita dengar iaitu gaya Inggeris, moden dan elegan hinggalah kepada tema yang unik seperti tema Transformers, Hello Kitty dan Avengers.

Dari ruang tamu hinggalah ke dalam bilik, tema ini diketengahkan dengan penuh kreatif. Terdapat juga gimnasium dan bilik sauna.

Harga: Dari RM178+ Semalaman

Alamat: Jalan Dato Tahwil Azhar, 30300 Ipoh

 

Grayhaus Soho Ipoh

Hotel Bajet Murah Ipoh Perak

Hotel Murah Ipoh Perak

Hotel Bajet Ipoh Perak

Hotel Bajet Ipoh Perak

Grayhaus Soho Ipoh adalah sebuah penginapan bergaya minimal yang bertemakan warna kelabu. Dekorasi dalamannya cukup sedap dipandang mata kerana dihias dengan simple.

Terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan pihak hotel seperti dapur kongsi yang lengkap dengan perkakasan penting termasuk water dispenser.

Minuman seperti teh dan kopi pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu. Mengenai sarapan paginya, agak simple namun cukup untuk mendapatkan tenaga sebelum meneroka sekitar Ipoh.

Mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak tidak jauh dari Ipoh Parade yang berjarak kurang 1 km dari sini.

Harga: Dari RM58+ Semalaman

Alamat: 119 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh

 

Golden Roof Hotel

Golden Roof Hotel merupakan sebuah penginapan yang sangat selesa dengan udara yang segar dan sunyi kerana agak jauh dari kacau-bilau kota.

Hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen bersaluran satelit, bilik air yang luas, katil yang sangat selesa dan lain-lain lagi.

Hotel ini juga boleh diinap mengikut jam. Terdapat juga pusat refleksiologi di sini.

Dan sekitar hotel ni terdapat banyak kedai makan, pasaraya Giant dan berdekatan juga dengan Lost World of Tambun. Menarik kan.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Jalan Ampang Baru 6a, Kampung Ampang Baru, 31400 Ipoh, Perak

 

French Ipoh Hotel

Menginap di French Ipoh Hotel terasa seperti menginap di hotel yang mahal walaupun harga yang ditawarkan sebenarnya sangat berpatutan.

Rekaan dalaman yang moden dan bilik yang luas memberikan keselesaan yang  diingini semua penginap hotel.Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air hujan yang sangat menyegarkan badan.

Terletak dekat dengan pasar lambak yang menjual barang ‘secondhand”, dekat juga dengan old town food street. Juga dekat dengan new town food streer dan juga pusat membeli belah.

Harga: Dari RM120+ Semalaman

Alamat: Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak

 

Merton Hotel Ipoh

Hotel Merton  yang berdekorasi penuh perincian beraura klasik dan urban dengan warna coklat dan hitam menguasai hiasan dalamannya.

Hotel ini nampak sangat bersih, kemas dan moden dan  terdapat juga pemandangan bukit bukau yang memukau mata anda.

Ianya terletak tidak jauh dari Ipoh Parade dalam hanya 5 km.

Di kawasan sekitar hotel ini juga ada banyak kedai-kedai seperti kedai RM2 dan kedai 1 Malaysia. Restoran makanan laut dan mamak juga berdekatan dengan hotel ini.

Harga: Dari RM100+ Semalaman

Alamat: 25 Jalan Lapangan Symphony, Symphony Business Park, 31350 Ipoh, Perak

 

S Boutique Hotel

S Boutique Hotel adalah sebuah hotel yang agak simple dari segi dekorasi. Bilik-bilik di hotel ini agak luas jadi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.

Ia juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin,  kemudahan pengering rambut dan  pemanas air.

Terletak berdekatan dengan kawasan bandar yang hanya 10 minit perjalanan untuk ke Ipoh Town.

Hotel ini juga dekat dengan taman tema Lost World of Tambun, Jambatan Mineral dan Geosains.

Juga terdapat banyak kedai makan menarik dan singgah di Taman Ipoh dan Taman Canning yang ada banyak kedai kopi di sini.

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: 76, Jalan Raja Dihilir, Taman Canning, 30350 Ipoh, Perak

 

Brick Box Hotel Ipoh

Brick Box Hotel ini mempunyai rekaan dalaman yang sangat menarik.

Apabila anda melangkah masuk ke sini anda dapat melihat gabungan dinding daripada batu-bata, daripada simen yang berwarna dan di sudut lain pula dinding simen yang tidak berwarna, sangat ‘hipster looking.’

Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara dan televisyen,  agak santai.

Hotel ini berdekatan dengan stesen kereta api dan Concubine Lane yang terkenal dalam kalangan pelancong. Hotel ini juga turut menyediakan perkhidmatan shuttle dan basikal percuma kepada para pelanggan.

Bolehlah anda berjimat dari segi pengangkutan kalau menginap di hotel ini. Untuk membeli-belah, Ipoh Parade hanya 1.5 km dari hotel dan AEON pula hanya 5 km dari hotel.

Harga: Dari RM88+ Semalaman

Alamat: No 31 Jalan Dato’ Maharajalela, 30000 Ipoh

 

BACA JUGA

Hotel Paling Murah di Pantai Cenang Langkawi | Bajet RM100?

10 Hotel Murah Johor Bahru | Hotel Bajet Murah RM100 & RM200 Ke Bawah

Please follow and like us:
By webmaster|2020-08-10T01:45:47+00:00January 27th, 2015|Perak|0 Comments

Leave A Comment