10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Home/10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Kali ini kami di hotelmurah2u.com ingin kongsikan Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu.

Anda ingin menikmati makanan yang enak serta tarikan lain yang terdapat Terengganu seperti pantainya yang indah, masjid-masjid yang unik, dan pasar yang dipenuhi dengan pelbagai hasil tangan yang berkualiti, sememangnya Terengganu merupakan destinasi pelancongan yang sangat popular.

Jadi kami telah menyenaraikan 10 hotel murah di Kuala Terengganu untuk membantu anda membuat pilihan bagi merancang percutian ke sana.

 

1. Permai Hotel Kuala Terengganu – Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Permai Hotel Kuala Terengganu terletak hanya 1 km sahaja dari Pantai Batu Buruk. Hotel ini juga menyediakan kolam renang yang anda boleh nikmati bersama keluarga anda.

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Selain menyediakan bilik yang selesa dengan kelengkapan lengkap, hotel ini turut memiliki pusat kecergasan yang lengkap dengan pelbagai peralatan.

Harga:  Dari RM140+ Semalaman

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu

 

2. Hotel Yt Midtown Kuala Terengganu – Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Hotel Yt Midtown Kuala Terengganu berada di tengah bandar Kuala Terengganu,  lokasinya tidak jauh dari tarikan menarik seperti Pasar Payang, Dataran Syahbandar, Chinatown dan banyak lagi.

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

Konsep biliknya yang simple  menggunakan warna maroon dan putih sebagai tema bilik.

Harga:  Dari RM97+ Semalaman

Alamat: No. 30, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu

 

3. The Rise Room – Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

10 Hotel Bajet Murah Kuala Terengganu

The Rise Room satu-satunya hotel di bandar yang tidak ada staff beroperasi di kaunter. Segalanya di sini self-service. Terletak berdekatan dengan Chinatown. Bilik hotel yang simple ala hipster bercirikan industrial cukup buatkan pengunjung sangat selesa. Setiap bilik disediakan USB khas yang mempunyai banyak filem-filem yang menarik. Bestkan.

Harga:  Dari RM90+ Semalaman

Alamat: 16-G Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu

4. Hotel Tanjong Vista

Hotel Tanjung Vista berdekatan dengan Muzium Kuala Terengganu. Sesuai untuk mereka yang nak menerokai Bandar Kuala Terengganu. Hotel ni terletak di tengah bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan Pantai Batu Buruk. Jadi, jhotel ini dikelilingi suasana meriah bandar dan juga ketenangan laut pantai Batu Buruk. Terdapat juga kolam renang bagaikan hotel 5 bintang. Kedai makan juga terdapat di sekeliling hotel ini.

Harga:  Dari RM127+ Semalaman

Alamat: Lot 4708, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu

 

5. The Serai Cottage Downtown Hotel

The Serai Cottage Downtown Hotel menawarkan penginapan yang mengetengahkan konsep alam semula jadi sebagai dekorasi dalamannya. Bilik nya yang luas, selesa dan perabot daripada rotan hiasan kehijauan buatkan pengunjung rasa segar je. Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti hotel 5 bintang.

Harga: Dari RM148+ Semalaman

Alamat:  PT38723 Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu

 

6. Valya Hotel, Kuala Terengganu

Valya Hotel adalah hotel yang bertemakan tradisional eksklusif bagaikan hotel 5 bintang. Banyak kemudahan disediakan termasuk surau dan wifi yang laju. Tempat makan juga dekat di sekeliling hotel dan juga Pasaraya Mydin.

Harga: Dari RM86+ Semalaman

Alamat: Lot PT 35356, Dataran Austin, 21300 Kuala Terengganu

 

8. Paya Bunga Hotel

 

Paya Bunga Hotel adalah sebuah hotel bajet kerana sentuhan dekorasinya yang begitu menarik dan kelihatan eksklusif. Hotel ini berdekorasi mewah  moden ni mempunyai banyak fasiliti termasuk kolam renang dan gimnasium. Walaupun nampak mewah tapi pengunjung boleh dapatkan bilik berharga rendah. Berbaloi.

Harga: Dari RM146+ Semalaman

Alamat: Jalan Tengku Embong Fatimah Off Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu

 

9. Rimba Hotel

Rimba Hotel merupakan sebuah penginapan selesa yang dihias dengan simple namun lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk hiburan sekeluarga sewaktu berehat di dalam bilik seperti wifi yang pantas dan tv.

Berdekatan dengan Chinatown, bandar dan pantai Batu Buruk, hotel ini sangat strategik untuk mereka yang nak meneroka bandar Kuala Terengganu.

Harga:  Dari RM98+ Semalaman

Alamat: Lot PT 37818, Blok G, Jalan Gong Pak Damat, Taman Desa Jaya,Terengganu, 21300 Kuala Terengganu

 

10. The Regency Waterfront Hotel

The Regency Waterfront Hotel ni dikelilingi air laut yang cukup beri pemandangan yang memukau buat pengunjung untuk berehat. Terletak berdekatan dengan bandar tapi tidak dicemari dengan pencemaran bunyi. Hotel ini dikelilingi atmosfera yang mendamaikan dan sejuk mata memandang.

Harga:  Dari RM130+ Semalaman

Alamat: Terengganu Equestarian Resort (TER) , Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibaimark, 20400 Kuala Terengganu

Baca Juga

10 Hotel Bajet Murah Selesa Perlis

Hotel Murah di Pulau Pinang. Hotel Paling Murah di Pulau Pinang-Harga Bawah RM100

 

Please follow and like us:
By webmaster|2020-08-10T02:05:15+00:00January 27th, 2015|Terengganu|0 Comments

Leave A Comment