Anda merangcang untuk bercuti di Kuantan dan tercari-cari hotel penginapan bajet murah yang ada di anak negeri Pahang ini. Kuantan, kaya dengan alam semula jadi serta makanan-makanan yang menarik di negeri ini memang jadi tarikan pelancong-pelancong dari serata Malaysia

Daya tarikan pelancong yang kuat jadikan Kuantan terbukti dengan kemunculuan pelbagai tempat penginapan di sekitarnya. Dari penginapan yang mewah hinggalah yang bajet, semuanya  anda samada berkeluarga atau bujang. Jadi kami senaraikan  hotel murah di Kuantan yang menarik serta berbaloi!

1. Hotel Sentral Kuantan

Hotel Sentral Kuantan, Hotel 3 bintang berada di lokasi yang strategik di antara bandaraya  dan alam semula jadi.

Segarkan minda di waktu pagi dengan pemandangan Sungai Kuantan dan kawasan bakau dari tingkap bilik.

Penginapan di hotel ini membolehkan anda merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga seperti melalui sungai, memancing ikan dan banyak lagi aktiviti lain.

Apabila puas menikmati alam hijau, anda boleh kembali ke dunia moden dengan melawat pusat membeli-belah.

Harga: Dari RM84+  Semalaman

Alamat:  No 45-p Jalan Besar , 25000 Kuantan

 

2. Hotel Grand Continental Kuantan

Jika anda ingin berbubble bath di dalam tab mandi sepuas-puasnya, Hotel Grand Continental sememangnya pilihan no 1 anda. Fasiliti di sini lengkap dan selesa untuk anda dan sekeluarga.

Lokasi berdekatan dengan Teluk Cempedak dan kawasan bandar. Jadi terdapat perbagai tempat makan menarik di sekitar hotel ini.

Harga: Dari RM131+ Semalaman

Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan

 

3. Skytree Hotel

Skytree Hotel terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan pusat membeli-belah dan bandara dalah pilihan yang tepat bagi anda yang inginkan akses yang mudah ke banyak tarikan di Kuantan. Bilik-bilik yang ditawarkan Skytree Hotel  sangat selesa untuk untuk keluarga kerana keluasannya.

Bilik moden dengan bantal dan tilam empuk yang disediakan pihak hotel. Dengan harga yang bermula dari RM118 untuk keselesaan ini, apa lagi yang anda fikirkan?

Harga: Dari RM118+ Semalaman

Alamat: B-50,Jalan Dato Lim Hoe Lek,Kuantan, 25200 Kuantan

 

4. Arenaa Batik Boutique

Arenaa Batik Boutique ni memang berada di tngah bandar Kuantan. Rekaan dalamannya yang nampak mewah buatkan mata pengunjung terpukau. Selain banyak kemudahan lain yang disediakan, sarapan Nasi Lemak di sini juga menjadi tarikan utama pengunjung menginap di sini.

Harga: Dari RM102+ Semalaman

Alamat: E2324-2326, Jalan Dato’Wong Ah Jang, Pahang, 25100 Kuantan

 

5. Kompo EcoRooms

Kompo EcoRooms ni mrupakan sebuah villa yang mempunyai banyak bilik yang dijadikan hotel. Ruang bilik yang agak luas dari hotel biasa dan selesa pasti pengunjung akan rasa lebih tenang.

Kemudahan seperti peti ais , water cooler dan juga bilik khas untuk iron juga disediakan.

Harga: Dari RM75+ Semalaman

Alamat: 30-32, Lorong Seri Kuantan 17, Jalan Beserah,, 25250 Kuantan

 

6. Silalima

Silalima merupakan sebuah villa yang mempunyai banyak bilik untuk diinap. Sekeliling yang privasi dan suasana tenang buatkan pengunjung lebih seronok berehat dan bercuti di sini. Hiasan dalaman dan taman indoor ala2 Bali juga buatkan mata sejuk memandang. Lokasi yang strategik, hanya 10 minit saja ke Tanjung Lumpur dan Teluk Chempedak.

Harga: Dari RM189+ Semalaman

Alamat: 5 Jalan Alor Akar, Taman Sri Kuantan, 25050 Kuantan

 

7. Cempaka Beach Resort

Cempaka Beach Resort memang tempat yang menenangkan dengan deruan angin dari pantai. Resort ni betul-betul menghadap tepi Pantai Cempaka. Pengunjung juga boleh memancing ikan dan menjala ikan di tepi pantai dan berbarbeku. Pengalaman yang seronok. Banyak kemudahan lain selain kolam renang yang besar yang disediakan. Ruang bilik juga cukup selesa.

Harga: Dari RM178+ Semalaman

Alamat:  Lot 746, Lorong Cempaka 1, Pantai Sepat, 26060 Kampung Sungai Dua

 

8. Grand Darul Makmur Hotel Kuantan

GrandDarul Makmur Hotel ni terletak di tengah bandar Kuantan. Hanya dalam 5 minit saja ke Berjaya Megamall dan juga East Coast Mall. Kemudahan fasiliti yang cukup lengkap seperti bilik gym, kolam renang yang besar dan juga bilik yang luas dan selesa.

Harga: Dari RM128+ Semalaman

Alamat: Lot 5 & 10 Lorong Gambut Off Jalan Beserah, 25300 Kuantan

 

9. Seasons View Hotel

Seasons View Hotel juga berada di tengah bandar Kuantan. Hotel ni sangant simple tapi bilik yang disediakan sangat selesa. Sarapan yang disediakan di hotel ini juga menyelerakan. Selain itu, sekeliling hotel juga terdapat banyak kedai makan. Juga dekat dengan padang MPK di mana menempatkan banyak foodtruck pada waktu malam. Jadi, senang nak dapatkan makanan yang sedap di sini.

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Alamat: A22, Lorong Haji Abdul Rahman 1, Kuantan, 25000 Kuantan

 

10. Cathayana Hotel Kuantan

Cathayana Hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan dan dekat dengan pusat beli belah. Pada waktu malam, pemandangan lampu-lampu bandar akan tembus di pintu tingkap bilik hotel ni. Memang meriah. Selain bilik yang luas dan selesa, juga disediakan ttempat parking bertingkat.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: A41/3, Lrg Tun Ismail 5, 25000 Kuantan

Please follow and like us: